Sempena UTM Library Research Weeks 2021, Perpustakaan telah mengadakan program Knowledge Sharing : Bibliometric Analysis using VOSviewer pada 29 September 2021. Panel jemputan ialah Dr. Jauharah Md Khudzari, Post-Doctoral dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM manakala Puan Sharifah Radhiah Syed Azman, Pustakawan Kanan adalah sebagai moderator.


Program ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Webex yang disertai oleh kira-kira 200 orang peserta. Antara intipati perkongsian adalah pengenalan analisis bibliometrik, fungsi dan penggunaannya. Analisis data menggunakan perisian VOSviewer yang dapat membantu untuk membangunkan dan membentuk rangkaian bibliometrik.


Panel menyatakan bahawa analisis bibliometrik merupakan salah satu cara yang cepat untuk melihat gaya penyelidikan global yang melibatkan negara, institusi, pengarang terkemuka dan lain-lain. Ianya juga memudahkan visualisasi set data yang besar, membantu mengenal pasti topik, bidang khusus, dan penyelidikan serta menyokong tinjauan literatur secara sistematik.


Bengkel ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari para peserta terutamanya pelajar Pasca-Siswazah. Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam menjayakan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM.


.

 

Share this :