11 September 2024, Rabu – Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PSZKL) telah menganjurkan sesi Library Engagement secara atas talian bersama SPACE UTM melalui platform Webex. Seramai 32 staf akademik telah menyertai sesi ini yang bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai perhidmatan dan sumber perpustakaan yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, para peserta turut diberikan panduan praktikal untuk mengakses sistem perpustakaan bagi mendapatkan koleksi bahan bacaan dan rujukan yang relevan.

Program ini memberi fokus kepada dua (2) isu utama iaitu pengunaan Sistem Online Public Catalog Access (OPAC) dan Online Database. Selain membincangkan fungsi sistem OPAC yang memudahkan pencarian bahan rujukan secara atas talian, peserta turut diberikan panduan praktikal untuk mengakses sistem perpustakaan bagi mendapatkan koleksi bahan bacaan dan rujukan yang relevan dan berkualiti. Panduan ini bertujuan untuk memastikan setiap pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perpustakaan.

Rata-rata peserta memberikan maklum balas yang positif dan berharap agar program seperti ini diadakan lebih kerap pada masa akan datang. Hal ini menunjukkan keberkesanan program tersebut dalam meningkatkan pengetahuan serta penggunaan kemudahan perpustakaan dalam kalangan warga akademik SPACE UTM.

Diharapkan program sebegini dapat membantu menjalin kerjasama yang baik antara perpustakaan dan pihak SPACE UTM dalam memastikan kemudahan perpustakaan digunakan secara optimum untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Share this :