Pada 21 November 2024 (Khamis), satu (1) sesi Library Engagement telah diadakan di Bilik Seminar 2, BATC, dengan kerjasama Library Engagement@Faculty of Artificial Intelligence, UTM KL. Sesi ini dihadiri oleh 15 orang staf akademik dan bertujuan untuk memperkenalkan sumber-sumber perpustakaan yang menyokong pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sesi ini juga memberi panduan tentang cara menggunakan platform Open Science UTM, termasuk cara mendepositkan bahan penyelidikan dan jenis data yang diperlukan oleh Perpustakaan UTM.
Sesi ini menyoroti perkhidmatan penting yang disediakan oleh perpustakaan, antaranya:
i. Maklumat Penerbitan Fakulti
ii. Perundingan Penerbitan RADIS
iii. Program Pendidikan Pengguna
iv. Sumber E-Resources, Sokongan EndNote & Turnitin
v. Pengurusan Data Penyelidikan (Platform Open Science UTM – RDM)
vi. Pinjaman/Pulangan & Pembaharuan Buku
vii. Permintaan Buku/Artikel
viii. Kemas Kini Rekod Keahlian
Antara isu utama yang diketengahkan dalam sesi ini adalah berkaitan dengan Platform Open Science. Para pensyarah yang hadir mencadangkan agar pihak perpustakaan menyediakan garis panduan atau SOP yang jelas mengenai jenis data yang boleh dimuat naik ke dalam platform tersebut.
Ini bagi memastikan data yang dikongsi digunakan dengan beretika, sekaligus menjaga hak dan privasi penyelidik serta institusi. Cadangan ini menunjukkan kepentingan pengurusan data yang teratur dan pematuhan kepada prinsip keterbukaan, tanpa mengabaikan aspek integriti dan keselamatan data.
Diharapkan program sebegini dapat memperkukuhkan kerjasama antara perpustakaan dan pihak Library Engagement@Faculty of Artificial Intelligence, UTM KL. Dengan adanya kerjasama ini, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dapat dimanfaatkan secara optimum untuk menyokong proses pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan. Inisiatif seperti ini juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman terhadap penggunaan sumber perpustakaan secara efektif, sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan akademik fakulti.