4 Februari 2025 – Program khidmat masyarakat Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diteruskan lagi dengan menyampaikan sumbangan bahan bacaan untuk anak-anak Orang Asli Temiar. Bahan bacaan berupa koleksi buku cerita dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah diserahkan kepada Profesor Dr. Maketab Mohamed sebelum diserahkan kepada Puan Lina Zainal dan Encik Mohammad Asri, sukarelawan yang turut sama terlibat dalam program ini di mana serahan tersebut berlangsung di hadapan Restoran MarryBrown, Ipoh pada 6 Februari, jam 3:15 petang.
Kerjasama di antara Jabatan Perpustakaan UTM dan Prof. Dr. Maketab Mohamed tidak lagi asing dalam memperkayakan bahan bacaan umum untuk anak-anak Orang Asli di mana usaha ini adalah penting untuk menjadi jambatan hubungan atau akses anak-anak di pedalaman kepada bahan bacaan berkualiti.
Sumbangan bahan bacaan ini diharap dapat memberi manfaat berpanjangan kepada anak-anak Orang Asli Temiar di Hulu Kinta serta masyarakat Semai di Pos Dipang dan Kampung Sahom. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada inisiatif pendidikan yang lebih meluas dan memberi kesan yang positif kepada masyarakat tersebut,