UPCOMING EVENTS

ANNOUNCEMENT

Program K-Sharing: Penyakit Mental: Peka Atau Pekakkah Aku?

Program K-Sharing ini akan disampaikan oleh YBrs. Dr. Zulfikar bin Ahmad, Pengarah, Pusat Kaunseling UTM pada 10 Julai 2019 (Rabu), jam 11.00 pagi, bertempat di Bilik Seminar 3, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Johor Bahru.

Tentatif Program:

10.45 pagi – Pendaftaran dan ketibaan tetamu
11.00 pagi – Program bermula
12.15 tengahari – Sesi soal jawab
12.30 tengahari – Sesi penyampaian cenderahati
12.35 tengahari – Program selesai dan bersurai

Kehadiran akan diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam sistem UTMSmile.

Program Bicara Karya: Syahidnya Kapten Luis De Souza

Perpustakaan UTM dengan kerjasama Penerbit UTM menganjurkan program bicara karya bertajuk Syahidnya Kapten Luis De Souza (Pemenang Anugerah Buku Negara 2019, Kategori Novel Sejarah) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mei 2019 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar 3, Aras 4, PSZ JB
Penulis/Pengulas: Prof. Dr. Amran Md. Rasli, Naib Canselor Sumait University, Zanzibar

Semua dijemput hadir dan kehadiran akan dicatat sebagai mata CPD dalam UTMsmile.

close