PERTANDINGAN WARTA ILMU BICARA BUKU BERSEMPENA
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2023
Dalam memupuk budaya membaca dan menyemarakkan sambutan Dekad Membaca Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Jabatan Perpustakaan UTM ingin menjemput semua untuk menyertai Pertandingan Warta Ilmu Bicara Buku bersempena Dekad Membaca Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung antara Mei hingga September 2023.
Baca buku dan kemudian sediakan resensi dalam bentuk video dan hantarkan kepada kami.
Penyertaan dibuka kepada semua warga Malaysia.
Borang penyertaan boleh didapati di pautan ini:
https://www.bit.ly/warta-ilmu-2023

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Pertandingan ini dijalankan pada setiap bulan bermula pada bulan April 2023 hingga bulan September 2023.
3. Lima (5) orang pemenang akan dipilih pada setiap bulan.
4. Peserta dikehendaki membuat ulasan buku-buku ilmiah pelbagai bidang seperti bahasa, sosial, sejarah, ekonomi, motivasi, politik, pengurusan, agama, falsafah, teknologi dan pendidikan dalam bentuk rakaman video, yang disampaikan secara kreatif dalam BAHASA KEBANGSAAN. Peserta digalakkan menggunakan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Tip ulasan buku:
• Nyatakan nama penulis, judul buku, penerbit, tahun penerbitan dan jumlah halaman dengan jelas pada bahagian pengenalan ulasan
• Huraikan kandungan menarik yang terdapat dalam buku yang terpilih
• Nyatakan pengajaran/manfaat yang diperoleh daripada buku tersebut
• Berikan cadangan penambahbaikan jika perlu
6. Setiap peserta dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja dan penyertaan adalah secara INDIVIDU.
7. Video penyertaan hendaklan berdurasi antara tiga (3) hingga enam (6) minit.
8. Video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik serta jelas.
9. Ulasan buku yang dihasilkan mestilah ciptaan sendiri, bukannya hasil plagiat atau dijiplak daripada ulasan orang lain.
10. Semua ulasan buku mestilah menggunakan BAHASA MELAYU sahaja.
11. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing semasa rakaman video diadakan.
12. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta bagi menyertai pertandingan ini.
13. Peserta TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik dalam pembikinan video ini. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan apa-apa perkataan yang membawa konotasi negatif atau melanggar tatasusila masyarakat.
14. Peserta dikehendaki melengkapkan borang penyertaan yang mengandungi maklumat penting, iaitu nama peserta, alamat lengkap, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi melalui Google Form dalam kod QR yang dipaparkan pada poster pertandingan.
15. Peserta perlu memuat naik (upload) video yang dipertandingkan di platfor Google Drive masing-masing. Sila kongsi pautan video tersebut ke alamat emel razid@dbp.gov.my dan liza@utm.my
16. Penghakiman:
i) Hanya penyertaan yang memenuhi syarat pertandingan akan dinilai.
ii) Penilaian akan dibuat berdasarkan ulasan buku yang berkualliti, rakaman video yang jelas, gaya persembahan yang menarik, kelancaran dan kefasihan berbahasa, intonasi serta penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
iii) Keputusan pertandingan muktamad
17. Penganjur pertandingan BERHAK menggunakan semua bahan penyertaan ini bagi tujuan promosi atau penerbitan atau paparan dalam media cetak, media sosial dan media elektronik. Penganjur juga berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

