Read@UTM

About Read@Uni

Read@UTM

Initiatives

Pada 25 Julai 2018, Menteri Pendidikan Malaysia Y. Bhg. Dr Maszlee Malik menerusi program “Bicara Khas Bersama Menteri” terbitan RTM telah menggariskan 10 Info Utama yang menjadi fokus kepada pembangunan pendidikan negara. Salah satu cabang fokus utama yang dinyatakan adalah “Menuju Negara Membaca 2030” di mana Kementerian Pendidikan mensasarkan Malaysia sebagai negara paling banyak membaca pada tahun 2030. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading’ daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Justeru bermula Julai 2018, Jabatan Pengajian Tinggi telah merangka aktiviti penggiatan budaya membaca di Universiti Awam. Majlis Pelancaran Read@Uni ini telah disempurnakan pada 29 November 2018 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan tag line “With Knowledge We Lead”.

Read@UTM

Read@UTM

Perpustakaan UTM beriltizam untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca, memupuk minat cintakan ilmu dan meningkatkan tahap pembacaan agar ianya menjadi amalan sepanjang hayat di kalangan mahasiswa dan warga UTM. Justifikasi Perpustakaan UTM di dalam melaksanakan inisiatif Read@Uni adalah :

Menyahut hasrat kerajaan di dalam menuju Negara Membaca 2030 yang juga selari dengan usaha Jabatan Pengajian Tinggi di dalam melancarkan program Read@Uni pada 29 November 2018.

Melahirkan ekosistem membaca yang sihat dan berterusan di kalangan mahasiswa dan warga kampus sehingga ianya menjadi amalan sepanjang hayat.

Menyebarluas peranan dan perkhidmatan Perpustakaan UTM di kalangan warga UTM dan komuniti.

Read@UTM Initiatives

Read@UTM Initiatives

K-Sharing

K-Sharing merupakan program perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan oleh penceramah jemputan samada dari dalam atau luar UTM berdasarkan pelbagai topik atau bidang menarik dengan matlamat utama menyebar luas maklumat kepada warga kampus dan orang awam.

Bicara Karya

Bicara Karya merupakan program ulasan buku samada oleh penulis atau pengulas buku dari dalam atau luar UTM berdasarkan buku yang ditulis atau dibaca. Tujuan utama adalah menyampaikan pengetahuan mengenai intipati buku kepada warga kampus dan orang awam.

Read & Relax

Sesi Read & Relax merupakan program kupasan buku secara santai oleh staf dan mahasiswa UTM yang diadakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM KL dan Perpustakaan UTM HPT Pagoh bagi menyemarakkan dan memupuk budaya membaca selain berkongsi ilmu daripada bahan bacaan kegemaran masing-masing.

KOMPILASI ULASAN R&R 2019
KOMPILASI ULASAN R&R 2020

CSR - Text to braille project

Perpustakaan UTM bersinergi dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Johor Bahru di bawah program khidmat masyarakat dengan menterjemah 500 bahan bacaan dan 15 set special learning kit kepada format braille. Program ini melibatkan seramai 86 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan mahasiswa UTM. Tujuan utama adalah untuk menyediakan keperluan serta mempelbagaikan sumber bahan bacaan kepada murid berkeperluan khas.

Perpustakaan UTM beriltizam untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca, memupuk minat cintakan ilmu dan meningkatkan tahap pembacaan agar ianya menjadi amalan sepanjang hayat di kalangan mahasiswa dan warga UTM.

Pn. Noraziah Sharudin
Mantan Ketua Pustakawan,
Perpustakaan UTM

Library ChatBot